Anwar tiba di Istana Nurul Iman
Anwar kemudian menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah di Cheradi Ratna Kencana di istana itu dan mengadakan pertemuan empat mata.
Sultan Hassanal Bolkiah kemudian berkenan untuk menyaksikan bersama Anwar pemeteraian memorandum persefahaman dan instrumen dua hala melibatkan dua negara di Baitul Mesyuarah.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; dan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan antara yang mengiringi Anwar.
Anwar, yang tiba di sini malam tadi, dijadual pulang ke Kuala Lumpur pada sebelah petang ini, mengakhiri lawatan kerja dua hari ke Brunei.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!