Tempoh reman lelaki bunuh isteri, dua anak disambung tujuh hari

Laporan Sinar Harian pada 21 Ogos 2024
Laporan Sinar Harian pada 21 Ogos 2024
A
A
A

ALOR SETAR - Tempoh tahanan reman terhadap lelaki Rohingya yang disyaki membunuh isteri dan dua anaknya di sebuah bangunan terbiar dekat Pekan Simpang Kuala, Jalan Sultan Abdul Halim, di sini, disambung tujuh hari lagi hingga 2 September depan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 43 tahun itu dikeluarkan Majistret, Nur Syifa Mohd Hamzah di Kompleks Mahkamah Alor Setar,di sini, pada Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang lelaki ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa hingga 26 Ogos mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya.

Lelaki itu ditahan di sebuah masjid di Bukit Pinang, selepas disyaki membunuh isteri dan dua anaknya berikutan kesan kelar di leher mangsa.

Mayat isteri dan anak perempuan masing-masing berusia 34 tahun dan 10 tahun ditemui pada jam 5 petang dalam longkang di belakang bangunan terbiar berhampiran Pekan Simpang Kuala, di sini pada 19 Ogos lepas.

Keesokkan harinya, mayat anak lelaki berusia dua tahun pula ditemui pada jam 12 tengah hari di kawasan Pantai Leman, Kuala Kedah.

Bersandarkan siasatan awal, suspek disyaki menghadapi tekanan emosi hingga bertindak kejam kerana mereka lima beranak hidup daif dan gelandangan.

Bagaimanapun,suspek tidak mengapa-apakan seorang lagi anak lelakinya berusia lima tahun yang turut dibawa bersama ke masjid tersebut.

Artikel Berkaitan:

Melalui ujian saringan awal air kencing, suspek didapati positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine dan mop.

@sinarharianonline

Tempoh reman lelaki bunuh isteri, dua anak disambung tujuh hari #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #WargaAsing #Jenayah #Bunuh #Isteri

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!