Kencing tikus: Taman Eko Rimba Sungkai Tekala ditutup sementara
SHAH ALAM - Taman Eko Rimba Sungai Tekala yang merupakan pusat rekreasi popular di Semenyih ditutup sementara bermula pada Isnin.
Jabatan Perhutanan Selangor menerusi satu hantaran di laman Facebook agensi itu memaklumkan arahan itu dikeluarkan Pengarahnya, Azhar Ahmad.
Menurut hantaran itu, penutupan sementara dilakukan selepas kawasan terbabit dikesan positif wabak leptospirosis atau kencing tikus.
"Kawasan itu ditutup kepada semua pengunjung bermula hari ini sehingga Jumaat (30 Ogos). Harap maklum," menurut hantaran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!