12 dipanggil kes pelakon pukul pembantu peribadi

Gambar kecil: Noor Ariffin
Gambar kecil: Noor Ariffin
A
A
A

GOMBAK - Seramai 12 saksi telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan kes pembantu peribadi pelakon mendakwa dirinya dicederakan serta diugut majikannya di Batu Caves, di sini, 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, saksi-saksi itu terdiri daripada ahli keluarga serta rakan kepada pengadu dan saspek termasuk doktor yang menjalankan rawatan.

"Kertas siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk ke pejabat Pendakwa Raya Selangor pada 23 Ogos lalu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada 17 Ogos lalu, media melaporkan kejadian itu berlaku apabila wanita berusia 28 tahun itu disyaki mencampuri urusan rumah tangga majikannya.

Noor Ariffin dilaporkan berkata laporan dibuat mangsa kira-kira jam 5.25 petang.

Siasatan mendapati mangsa yang bekerja sebagai pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita itu dicederakan serta diugut menggunakan senjata oleh majikan.

Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan lengan.

Mangsa mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Selayang. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!