Mohd Zuki dilantik pengerusi baharu KWSP berkuat kuasa 1 September
Mohd Zuki, sebelum ini Ketua Setiausaha Negara ke-15, akan mengambil alih daripada Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, yang memegang jawatan itu sejak 1 Mei 2020, menurut KWSP dalam kenyataan hari ini.
"Lembaga Pengarah KWSP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Badri atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan besar beliau.
"Pada masa yang sama, Lembaga Pengarah ingin mengalu-alukan dan mengucapkan tahniah kepada Mohd Zuki, yang berpengalaman luas dalam sektor kerajaan dan hala tuju strategik beliau akan terus memacu KWSP kepada tahap yang lebih tinggi,” katanya. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!