[VIDEO] Muhyiddin akan didakwa di bawah akta hasutan esok

A
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin akan didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang pada Selasa, berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard berkata, pendakwaan di bawah Akta Hasutan 1948 itu dijangka bermula pada jam 8 pagi.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

“Muhyiddin didakwa kerana bercakap benar dan terus berjuang demi kepentingan rakyat. Hadapilah kes itu dengan kekuatan rakyat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Isnin.

Pada 21 Ogos lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan polis menerima 30 laporan polis ke atas Muhyiddin membabitkan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Ucapan Muhyiddin di kempen PRK DUN Nenggiri didakwa mempersoalkan bekas Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, setelah satu video tular di media sosial.

Istana Pahang pada 19 Ogos lalu turut membuat laporan polis terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!