Sao Paulo isytihar darurat susulan kebakaran di Brazil

Pandangan dari udara menunjukkan kebakaran di persekitaran lebuh raya SP-253 di Ribeirao Preto, Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Foto AFP
Pandangan dari udara menunjukkan kebakaran di persekitaran lebuh raya SP-253 di Ribeirao Preto, Sao Paulo, Brazil pada Ahad. Foto AFP
A
A
A
RIO DE JANEIRO - Kebakaran yang melanda tenggara Brazil mendorong kerajaan negeri São Paulo mengisytiharkan darurat di 45 kawasan perbandaran pada Ahad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Lebih 15,000 anggota bomba dan sukarelawan, disokong pesawat tentera berusaha memadamkan kebakaran, menurut pihak berkuasa.

Pihak berkuasa turut memaklumkan bahawa dua individu ditahan atas tuduhan melakukan pembakaran dengan sengaja.

Bandar Ribeirão Preto yang terletak kira-kira 300 kilometer di utara São Paulo turut terjejas teruk. Media tempatan melaporkan asap tebal menyelubungi sebahagian besar wilayah itu.

Data Institut Penyelidikan Angkasa Kebangsaan Brazil (INPE) menunjukkan bahawa 3,175 kebakaran direkodkan di São Paulo antara 1 hingga 23 Ogos.
Artikel Berkaitan:


Agensi berita Agência Brasil melaporkan bahawa angka itu mencatat kes kebakaran tertinggi pada Ogos sejak 1998.

Wilayah Amazon Brazil turut mengalami kebakaran hingga menjejaskan kawasan Pantanal dan Cerrado. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!