IWK buat pemecahan serpihan cari mangsa tanah jerlus

Operasi pencarian masuk hari keempat menggunakan pemecahan debris (serpihan) sepanjang 69 meter di sini pada Isnin.
Operasi pencarian masuk hari keempat menggunakan pemecahan debris (serpihan) sepanjang 69 meter di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indah Water Konsortium (IWK) melakukan pemecahan debris (serpihan) sepanjang 69 meter, pada Isnin, dalam usaha mencari seorang wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.

Unit Media Jabatan Perancangan Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, operasi pemecahan serpihan itu akan dilakukan bermula dari lokasi tanah jerlus sehingga ke lurang kumbahan hilir.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat mangsa masih dijalankan dengan pembabitan pelbagai agensi.

"Pemeriksaan juga dijalankan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di Loji Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

“Sementara itu, pihak IWK akan membuat pemecahan ‘debris’ menggunakan jetter di laluan lurang kumbahan di lokasi insiden ke lokasi lurang kumbahan hilir dengan jarak 69 meter,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, pihak IWK telah melaksanakan ‘flushing’ di lurang kumbahan kelima sehingga jam pukul 2 pagi (Isnin).

Ujarnya, bagaimanapun, sehingga ini pihak IWK masih belum menemui sebarang petunjuk.

Ujarnya, orang awam dinasihatkan untuk tidak berada berhampiran lokasi insiden bagi memastikan kelancaran kerja pencarian dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian tanah jerlus di lokasi berkenaan pada jam 8.22 pagi, Jumaat lalu.

Sehingga hari keempat, mangsa berusia 48 tahun masih belum dijumpai dan usaha telah dilakukan termasuklah membuka enam lurang kumbahan di sekitar lokasi kejadian.

@sinarharianonline

IWK buat pemecahan serpihan cari mangsa tanah jerlus #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #TanahJerlus #MasjidIndia #IWK #DBKL

News - AShamaluevMusic

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!