MR D.I.Y. anjur Bazar Merdeka, peluang menangi cabutan bertuah bernilai RM12,000

Rakyat Malaysia dijemput untuk mengunjungi Bazar Merdeka pertama MR D.I.Y. ‘Bersama Satu Bazaar’ dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.
Rakyat Malaysia dijemput untuk mengunjungi Bazar Merdeka pertama MR D.I.Y. ‘Bersama Satu Bazaar’ dari 30 Ogos hingga 1 September 2024.
A
A
A

BUAT julung kalinya peruncit terkemuka negara, Kumpulan MR D.I.Y. Berhad (MR D.I.Y.) bakal menganjurkan Bazar Merdeka 'Bersama Satu Bazaar' dengan menghimpunkan 100 gerai yang menawarkan pelbagai makanan dan produk popular Malaysia.

Acara berlangsung di PIAZZA, Pavilion Bukit Jalil dari 30 Ogos hingga 1 September 2024 itu bersempena meraikan Hari Merdeka yang ke-67.

Saksikan persembahan Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby pada 31 Ogos 2024, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di ‘Bersama Satu Bazaar’ anjuran MR D.I.Y.
Saksikan persembahan Alif Satar & The Locos, Jaclyn Victor, dan Priscilla Abby pada 31 Ogos 2024, jam 8.30 malam hingga 9.30 malam di ‘Bersama Satu Bazaar’ anjuran MR D.I.Y.

Ia bakal dimeriahkan dengan pelbagai permainan, bengkel kreatif, pameran hasil seni tempatan, serta persembahan kebudayaan dan kontemporari.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, berkata, acara berkenaan akan menjadi tempat di mana rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dapat berkumpul untuk makan, membeli-belah, bermain permainan, dan menikmati hiburan Malaysia sambil menyokong perniagaan, usahawan, dan bakat tempatan.

"Kami teruja untuk meraikan acara ini bersama pelanggan kami, dan saya menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai kami dalam bazaar yang bersejarah dan bermakna ini yang menyatukan kita sebagai rakyat Malaysia.

"Dengan mengumpulkan perniagaan, usahawan, persembahan budaya dan kontemporari serta artis, kami meraikan kepelbagaian dan warisan budaya yang kaya di tanah air kita ini.

"Kami berbangga menjadi jenama Malaysia yang asli dan salah satu peruncit terbesar di negara ini. Ini adalah salah satu cara kami merayakan identiti Malaysia yang sebenar,"katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Kunjungi lebih daripada 100 gerai yang mempamerkan makanan dan produk kegemaran Malaysia di ‘Bersama Satu Bazaar’.
Kunjungi lebih daripada 100 gerai yang mempamerkan makanan dan produk kegemaran Malaysia di ‘Bersama Satu Bazaar’.

Untuk memeriahkan lagi acara ini, MR D.I.Y. akan memberikan beg tote percuma kepada 1,000 pelawat pertama setiap hari apabila mereka melengkapkan cabaran Pasport Bazaar, satu inisiatif inovatif untuk membantu pelawat menikmati segala yang ditawarkan di bazar tersebut.

Selain itu, pelawat juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM12,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘Bersama Satu Bazaar’ MR D.I.Y. yang akan berlangsung dari 30 Ogos hingga 1 September 2024, layari https://www.mrdiy.com/promotion/mrdiy- bersama-satu-bazaar-2024.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!