Pantai Hospital Ayer Keroh kongsi kesedaran akibat kebakaran

Yew Aik (dua, kiri) dan Dr Jasni (tiga, kiri) dalam majlis simbolik perasmian Kempen Kesedaran Akibat Kebakaran di MITC Ayer Keroh, Melaka, pada Ahad.
Yew Aik (dua, kiri) dan Dr Jasni (tiga, kiri) dalam majlis simbolik perasmian Kempen Kesedaran Akibat Kebakaran di MITC Ayer Keroh, Melaka, pada Ahad.
A
A
A

MELAKA - Pengetahuan dan kesedaran mengenai pencegahan dan rawatan awal akibat kebakaran penting dalam membantu menjadikan kehidupan mangsa melecur lebih baik.

Pegawai Eksekutif Pantai Hospital Ayer Keroh (PHAK), Tan Yew Aik berkata, dengan memberikan pengetahuan yang khusus kepada komuniti mengenai pencegahan dan rawatan awal, ia bukan sahaja membantu mereka mencegah kecederaan, malah tindakan yang perlu dilalukan sekiranya kecederaan itu berlaku.

Menurutnya, kerana itu pakar bedah plastik PHAK akan memberikan rawatan terbaik dan bersedia memberikan bantuan kepada pesakit yang mengalami luka terbakar supaya mangsa lebih bersemangat untuk meneruskan rawatan.

Katanya, perjalanan mereka tidak berakhir dengan rawatan awal sahaja, namun akan melalui jalan pemulihan dalam tempoh panjang sekali gus pesakit memerlukan sokongan emosi bagi membina semula kehidupan mereka.

"Pesakit luka terbakar memerlukan kasih sayang, pemahaman, dan sokongan kita.

"Saya menyeru setiap seorang daripada kita untuk komited menjadi lebih peka terhadap bahaya kebakaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kempen Kesedaran Kecederaan Akibat Kebakaran di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) yang disempurnakan oleh Pemangku Timbalan Kesihatan Negeri, Dr Jasni Turiman yang mewakili Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, Ngwee Hee Sam di Ayer Keroh, di sini, pada Ahad.

Tambah Yew Aik, dengan meningkatkan kesedaran dan memperbaiki langkah-langkah keselamatan, mampu untuk mengurangkan secara signifikan insiden kebakaran dalam masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dengan mengamalkan ilmu yang disampaikan pada kempen itu masyarakat boleh menjadikan rumah dan tempat kerja lebih selamat.

Katanya ini kerana, kecederaan akibat kebakaran sering berlaku di rumah atau di tempat kerja dan menjadikan kesedaran penting untuk pencegahan dan pengurusan yang berkesan.

"Kita boleh mengurangkan jumlah kecederaan akibat luka terbakar kerana ini adalah tragedi yang boleh dicegah," katanya lagi.

Antara penceramah jemputan termasuk Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Mohammad Ali Mat Zain; Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif Hospital Melaka, Dr Nicholas Franklin; Pakar Kecemasan, Hospital Melaka, Dr Shukri Mat Saad dan Pakar Kecemasan PHAK, Dr M Kartigayan serta Pakar Bedah Plastik dan Rekonstruktif PHAK, Dr Lee Shi Zhen.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!