Kemudahan jejantas, lebar jalan dalam RMK12: MB Selangor

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memasukkan projek jejantas di Jalan Banting-Dengkil berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Olak Lempit dan pelebaran jalan di negeri ini dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri memandang serius mengenai permasalahan tersebut yang membelenggu penduduk di kawasan berkenaan.

"Ia bukan sahaja melibatkan buat dan esok boleh pasang, ia memerlukan proses yang banyak.

"Apa yang saya dapat maklum, isunya bukan hanya jejantas ada banyak benda lain ia melibatkan projek pelebaran jalan dan sebagainya dan itu akan dimasukkan sebagai keutamaan dalam RMK12," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Temu Rapat Menteri Besar Selangor bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Selangor di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 300 penduduk Olak Lempit, Banting berhimpun secara aman mendesak kerajaan membina kemudahan jejantas di Jalan Banting-Dengkil berhadapan dengan SK Olak Lempit baru-baru ini.

Penduduk mendakwa lebih 10 kejadian kemalangan membabitkan kematian termasuk sebahagian besar mangsa adalah pelajar sekolah berlaku di laluan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!