Buruh selinap masuk rumah, rogol remaja OKU

Seorang buruh ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun di sebuah rumah. Gambar hiasan
Seorang buruh ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun di sebuah rumah. Gambar hiasan
A
A
A

AMPANG - Seorang buruh ditahan kerana disyaki merogol seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia 16 tahun di sebuah rumah di Taman Saga, di sini, pada 17 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kejadian rogol itu berlaku di rumah keluarga mangsa.

"Pengadu yang juga ibu mangsa berusia 36 tahun, menyedari kejadian itu selepas mendapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak berfungsi.

"CCTV itu tidak berfungsi kerana wayar dicabut oleh mangsa sebab nak bagi suspek masuk ke rumah," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohd Azam berkata, ibu mangsa mendakwa suspek telah datang ke rumah itu dan telah merogol anaknya.

"Siasatan lanjut, kita telah menahan seorang lelaki berusia 24 tahun di rumahnya di Subang pada 10 malam, Rabu lalu," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati suspek mengenali mangsa melalui satu aplikasi laman sosial.

"Hasil ujian air kencing terhadap suspek mendapati negatif dadah.

Artikel Berkaitan:

"Suspek direman lima hari bermula Khamis sampai hari ini (Isnin) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!