[VIDEO] Isteri Ebit Lew dipanggil sebagai saksi pendakwaan

A
A
A

TENOM - Pihak pendakwaan akan memanggil isteri Ebit Lew sebagai antara saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaran melibatkan pendakwah terkenal tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, seramai tiga lagi saksi yang akan dipanggil pada minggu hadapan termasuk wakil daripada CyberSecurity Malaysia.

"Kami ada tiga lagi saksi iaitu jurufoto dan isteri tertuduh, kita akan selesaikan sekali gus," katanya.

Sebelum itu, pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap perubahan tarikh perbicaraan pada minggu hadapan iaitu 2 dan 6 September yang diminta oleh pihak peguambela, Datuk Ram Singh.

Ram sebelum itu memohon kepada mahkamah bahawa perbicaraan disambung pada 3 September kerana beliau perlu berada di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2 September.

Ram (kiri) ketika menemani anak guamnya, Ebit Lew hadir ke perbicaraan di Mahkamah Tenom pada Isnin.
Ram (kiri) ketika menemani anak guamnya, Ebit Lew hadir ke perbicaraan di Mahkamah Tenom pada Isnin.

Beliau juga perlu hadir ke Mahkamah Tinggi Sandakan pada 6 September dan penerbangannya ke Sandakan pada jam 7 pagi Jumaat.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan perubahan tarikh perbicaraan pada minggu hadapan yang bermula pada 3 hingga 5 September.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Zahida, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!