Visa keluarga mangsa tanah jerlus dilanjut sebulan

Suami mangsa tanah mendap warga India, Mathavan, setia berada di lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama
Suami mangsa tanah mendap warga India, Mathavan, setia berada di lokasi kejadian bagi menantikan perkembangan terkini bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli keluarga mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, menerima lanjutan visa Pas Lawatan Sosial (PLS), bermula Isnin.

Pegawai Khas kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Arvend Applasamy berkata, visa dalam tempoh sebulan itu diberikan kepada empat ahli keluarga mangsa.

Katanya, visa berkenaan diberikan kepada suami, anak dan saudara mangsa oleh pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Arvend ditemui pemberita di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Isnin.
Arvend ditemui pemberita di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Isnin.

"Saya mewakili Timbalan Perdana Menteri (Ahmad Zahid) turut berkesempatan menyantuni keluarga mangsa hari ini selain menyampaikan sumbangan wang tunai selain makanan dan minuman.

"Pihak kami (kerajaan) memberi jaminan untuk memudahkan segala urusan ahli keluarga mangsa sepanjang berada di sini," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian pada Isnin.

Beliau berkata, kerajaan juga komited memberi bantuan termasuk tempat tinggal dan sesi kaunseling oleh pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam pada itu, beliau juga memaklumkan ahli keluarga mangsa menerima hakikat mengenai insiden terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Anak mangsa terima hakikat dan dia beritahu agar misi pencarian dapat dipercepat dan mereka hendak melihat muka mangsa," katanya.

Tambahnya, keluarga mangsa juga turut mengambil kesempatan berterima kasih kepada pasukan penyelamat terdiri daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang bertungkus-lumus secara ikhlas dan sepenuh hati dalam melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Sebelum ini mangsa Vijayaletchumi, 48, berasal dari Andhra Pradesh, India, dijadualkan kembali ke negara asal Sabtu lalu, bersama keluarganya.

Mangsa yang berjalan melalui kawasan itu secara tiba-tiba terjatuh dalam tanah jerlus sebelum sepasukan bomba dikejarkan ke lokasi pada jam 8.22 pagi, Jumaat lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!