Laporan audit Malaysia Airlines dibawa ke Kabinet Rabu ini

Anthony pada sidang akhbar di pejabatnya.
Anthony pada sidang akhbar di pejabatnya.
A
A
A

PUTRAJAYA - Laporan audit isu teknikal melibatkan Malaysia Airlines akan dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet, Rabu ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan audit khas berkaitan isu tersebut dan akan mengambil tindakan lanjut selepas ini.

“Saya juga telah berhubung dengan pengarah pengurusan kumpulan (Malaysia Aviation Group) dan memintanya untuk membuat tindakan susulan yang diperlukan.

"Ia bagi memastikan operasi syarikat penerbangan nasional itu berjalan lancar,” katanya ketika sidang akhbar di sini pada Isnin.

Sebelum ini Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menggesa kerajaan dan Kementerian Pengangkutan untuk melakukan siasatan terhadap Malaysia Airlines ekoran berlaku enam insiden dalam tempoh yang singkat melibatkan pesawatnya.

Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, insiden pendaratan cemas dan masalah teknikal yang kerap berlaku menyebabkan krisis keyakinan terhadap penerbangan itu meningkat.

Sementara itu Anthony Loke turut menjelaskan, CAAM telah melakukan lawatan mengejut ke jabatan kejuruteraan MAG.

"Segala maklumat yang diperolehi akan dikemukakan kepada Kabinet minggu ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!