Uqasha Senrose buka mulut

Uqasha tidak lagi berdiam diri. Antara tangkap layar di Insta Story milik Uqasha.
Uqasha tidak lagi berdiam diri. Antara tangkap layar di Insta Story milik Uqasha.
A
A
A

PELAKON Uqasha Senrose akhirnya tampil membuka mulut mengenai bekas pembantu peribadinya yang didakwa suka menjaja fitnah.

Jelas Uqasha, atau nama sebenarnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia mempunyai segala bukti kukuh mengenai wanita yang mendakwa telah dipukul olehnya sebelum ini.

Menurut Uqasha, dia mengambil wanita itu bekerja tanpa bertanya sejarah dan memberi layanan baik termasuk membenarkan individu berkenaan tinggal di rumahnya.

"Dari bulan Oktober sampai bulan Jun saya tiada penggambaran, tetapi gaji bulanan tetap beri tanpa dipotong, sebab terlalu selesa, ini balasan dia pada saya?

"Dia ingat fitnah dan aib yang dia cuba buat sekarang ini akan berjaya? Saya tak cakap kosong, saya cakap sekali dengan bukti," luahnya menerusi Insta Story miliknya.

Bukan sekadar suka menjaja cerita buruk, bekas pembantu peribadinya itu juga sesuka hati memasuki bilik tidur, mengambil barang tanpa pengetahuan Uqasha dan memakai pakaiannya tanpa izin.

Bagaimanapun kesabaran Uqasha sampai ke kemuncak apabila individu berkenaan mula memporak-perandakan keluarganya.

"Setiap manusia ada had tetapi bila sudah sentuh keluarga, ibu, suami, siap mereka cerita fitnah.

Artikel Berkaitan:

"Setiap bulan gaji mesti awal dan penuh walaupun tiada penggambaran. Rupanya bayar gaji untuk jadi penyampai cerita rumah tangga orang.

"Kita ini sedaya upaya tidak mahu mengaibkan dia, nak selesai cara baik, suruh pulangkan emas-emas dan duit gaji dia yang langsung tidak kerja serta barang-barang yang saya tak tahu dia ambil.

"Kakak dia pula guna media sosial dengan niat menjatuhkan orang," sindirnya.

Terdahulu, nama Uqasha hangat diperkatakan sejak beberapa hari lalu, selepas seorang wanita membuat laporan polis mendakwa dipukul majikan yang juga seorang pelakon.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!