PRK DUN Mahkota: Ahmad Zahid tiba di kediaman MB Johor

Kenderaan yang membawa Ahmad Zahid memasuki pekarangan kediaman rasmi rumah Menteri Besar Johor pada Isnin.
Kenderaan yang membawa Ahmad Zahid memasuki pekarangan kediaman rasmi rumah Menteri Besar Johor pada Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan mesyuarat Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana pada petang Isnin.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri tiba menaiki kenderaan rasmi kira-kira jam 4.25 petang.

Sebelum itu, kenderaan membawa Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md Jais Sarday dilihat memasuki kediaman berkenaan kira-kira jam 3.45 petang.

Difahamkan mesyuarat yang pertama kali diadakan sempena PRK dihadiri kesemua 26 Ketua UMNO Bahagian negeri ini.

Ia bagi membincangkan perincian PRK DUN Mahkota termasuk calon yang akan dikemukakan parti.

Pada Selasa lalu, Ahmad Maslan dilaporkan berkata, mesyuarat PRK DUN Mahkota yang diadakan pada 26 Ogos, membabitkan dua kumpulan.

Kumpulan pertama adalah UMNO Johor termasuk ketua bahagian dan kumpulan kedua membabitkan Kerajaan Perpaduan di Johor.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, manakala tarikh penamaan calon dan pengundian awal masing-masing pada 14 dan 24 September.

Artikel Berkaitan:

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, pada 2 Ogos lalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!