Peguam Ebit Lew kurang sihat, mohon tangguh perbicaraan

Ram ketika hadir di Mahkamah Tenom bagi mewakili Ebit Lew
Ram ketika hadir di Mahkamah Tenom bagi mewakili Ebit Lew
A
A
A

TENOM - Pihak peguam bela memohon supaya prosiding kes pendakwah terkenal, Ebit Lew, disambung pada pagi Selasa.

Peguam bela yang mewakili Ebit Lew, Datuk Ram Singh membuat permohonan itu selepas menyatakan bahawa dia berasa kurang sihat dan perlu membuat pemeriksaan dengan doktor.

"Saya rasa kurang sihat sejak pagi tadi, tengah hari ini saya rasa berdebar-debar. Saya perlu berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan.

"Saya pasti selesaikan pemeriksaan balas dalam tempoh sehari atau dua ini," katanya ketika membuat permohonan itu sebelum prosiding sesi petang bermula pada jam 2.30 petang Isnin.

Pihak pendakwaan dalam pada itu memaklumkan bahawa mereka tiada bantahan mengenai permohonan Ram mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan tersebut namun perbicaraan pada Selasa akan dimulakan lebih awal iaitu jam 9 pagi.

Sebelum itu, kes yang dibicarakan itu adalah melibatkan Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, yang berhadapan dengan 11 pertuduhan dengan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Zahida Zakaria, Nor Azizah Mohamad dan Analia Kamaruddin sebagai Timbalan Pendakwa Raya.

Artikel Berkaitan:

Ebit Lew diwakili oleh Ram, Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak dan Prem Elmer Ganasan manakala Majistret ialah Nur Asyraf Zolhani.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!