Lebih 7 peguam sedia bela Muhyiddin

Muhyiddin Yassin. Foto Bernama
Muhyiddin Yassin. Foto Bernama
A
A
A

KOTA BHARU - Sekurang-kurangnya tujuh peguam bersiap sedia untuk menyertai pasukan pembelaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Sesyen Gua Musang, pada Selasa.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Kelantan, Datuk Kamarudin Md Nor, berkata, barisan peguam itu antaranya mungkin akan turut disertai oleh Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang juga Setiausaha Agung Pas.

Kamarudin
Kamarudin

“Kami bersedia dengan barisan peguam sedia ada daripada Bersatu dan PN dan beliau juga ada peguam peribadi yang akan bergabung dengan peguam parti.

“Siapa-siapa yang mengetuai barisan itu akan diputuskan kemudian oleh beliau sendiri,” katanya pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Merdeka Hotel Jewels, di sini, pada Isnin.

Turut hadir, Pengurus Hotel Jewels, Muhammad Azrin Zainal Abidin.

Sebelum ini, Muhyiddin juga bekas Perdana Menteri terbabit disiasat kerana dipercayai menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) menerusi ceramahnya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, baru-baru ini.

Kamarudin yang juga Exco Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Kelantan memberitahu, Muhyiddin yang hadir ke mahkamah itu esok akan turut ditemani peguam untuk mendengar pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, saya sendiri dan kepimpinan Bersatu serta PN terutama di negeri ini akan turun beramai-ramai dan berkumpul di pekarangan mahkamah bagi menyatakan sokongan moral kepada beliau.

“Pada pandangan peribadi saya, beliau berhak untuk berkongsi pengalaman namun kami menyerahkan perkara ini kepada pihak mahkamah untuk memutuskan,” katanya.

Tambah beliau, juga meminta ahli-ahli parti supaya bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga kes berkenaan diputuskan oleh mahkamah.

“Beliau baru kena pertuduhan, belum tentu salah.

“Apabila seseorang itu dikenakan pertuduhan, hakim yang menentukan keputusannya dan beliau ada hak untuk membela diri mengikut proses undang-undang,” ujar Kamarudin.

Akhbar sebelum ini melaporkan, kertas siasatan berhubung ucapan Muhyiddin yang didakwa menyentuh isu 3R sudah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Setakat ini, polis mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.

@sinarharianonline

Lebih 7 peguam sedia bela Muhyiddin #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Politik #Muhyiddin #Peguam #Mahkamah

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!