100 beg pasir diletak keliling tanah jerlus

Petugas DBKL melaksanakan kerja-kerja mengangkat beg pasir untuk diletakkan di keliling tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Isnin.
Petugas DBKL melaksanakan kerja-kerja mengangkat beg pasir untuk diletakkan di keliling tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Inisiatif meletakkan beg pasir di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini, pada Isnin, dilaksana bagi mengelakkan limpahan air hujan masuk.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, langkah itu diambil pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) susulan keadaan cuaca yang kurang baik dengan hujan sepanjang hari.

"Pihak DBKL telah mengambil inisiatif meletakkan kira-kira 100 beg pasir di lokasi kejadian bagi mengurangkan limpahan air hujan masuk ke dalam kawasan tersebut.

"Dalam meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap keselamatan kawasan tempat kejadian, satu pasukan khas telah ditubuhkan melalui penglibatan bersama Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia bagi menjalankan kajian terhadap struktur tanah terutamanya di sekitar kawasan Jalan Masjid India," katanya dalam sidang akhbar di lokasi kejadian pada Isnin.

Turut hadir Timbalan Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Rozihan Anwar Mamat dan Ketua Pegawai Eksekutif Indah Water Konsortium (IWK) Narendran Maniam.

Beliau berkata, pihak polis telah menempatkan pegawai dan anggota di kawasan sekeliling lokasi kejadian untuk kawalan keselamatan.

Katanya, ini bagi mengelakkan pengunjung atau orang awam masuk ke lokasi berkenaan.

Sulizmie (tengah) dalam sidang akhbar di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Isnin.
Sulizmie (tengah) dalam sidang akhbar di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Kemasukan orang tidak berkaitan di lokasi kejadian boleh datangkan bahaya kepada nyawa dan pihak yang lakukan penyelamatan dan perkara seperti ini perlu diambil perhatian," ujarnya.

Dalam kejadian pada Jumaat, seorang wanita warga India berusia 48 tahun dilaporkan hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.

Sepasukan anggota bomba telah dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada jam 8.22 pagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!