AIC gesa kerajaan batal rancangan lesenkan media sosial

AIC dianggotai gergasi teknologi termasuk Meta, Google dan X.
AIC dianggotai gergasi teknologi termasuk Meta, Google dan X.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan yang mewakili syarikat internet dan teknologi terkemuka, Asia Internet Coalition (AIC) menggesa kerajaan menghenti dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan mengenai pelesenan untuk platform media sosial.

AIC yang dianggotai antaranya Google, Meta, Amazon dan Grab menghantar bantahan menerusi surat bertarikh 23 Ogos 2024 dan ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Surat tersebut turut diterbitkan kepada umum di laman web AIC pada Isnin.

Pengarah Urusannya, Jeff Paine berkata, pihaknya berusaha untuk menggalakkan dialog antara sektor awam dan swasta di seluruh rantau Asia-Pasifik mengenai isu dasar internet dan amalan terbaik, terutamanya berkaitan ekonomi digital yang semakin berkembang.

“Kami percaya rangka kerja pelesenan ini tidak boleh dilaksanakan untuk industri dan akan memberi kesan buruk kepada inovasi dengan meletakkan beban yang tidak wajar kepada perniagaan.

“Ia akan halang pelaburan berterusan dan masa depan disebabkan oleh kerumitan serta kos pematuhan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, tiada perundingan awam rasmi mengenai perkara itu sebelum penerbitan Kertas Maklumat dan Soalan Lazim pada 1 Ogos 2024.

Jelasnya, ketiadaan perbincangan kritikal menimbulkan banyak ketidakpastian dalam kalangan industri berkenaan skop kewajipan.

Artikel Berkaitan:

“Untuk apa sebenarnya platform ini akan mendaftar. Tiada platform boleh dijangka mendaftar di bawah syarat ini.

“Kami juga amat bimbang tentang bagaimana rangka kerja pelesenan akan memberi kesan kepada ekonomi digital Malaysia. Malaysia telah menjadi hab digital utama, menarik pelaburan besar pada 2024,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!