Pengalaman pemain Palestin taruhan Kelantan Darul Naim
KELANTAN Darul Naim (KDN) FC memperkuatkan bahagian tengah skuad Kijang Emas apabila merekrut bekas pemain antarabangsa Palestin, Layth Kharoub.
Layth yang berusia 33 tahun juga merupakan abang kepada kapten KIjang Emas, Oday Kharoub, selain beraksi di bahagian sayap, dia juga berkeupayaan bermain sebagai penyerang.
“Dia menyertai pasukan setelah menjalani sisi pemilihan ketat bersama barisan kejurulatihan sejak Julai lalu termasuk diturunkan pada aksi persahabatan menentang Nara United dari Thailand,” menurut kenyataan KDN FC.
Karier antarabangsa Layth bermula pada tahun 2020 dengan 11 kali penampilan serta menjaringkan lima gol sepanjang mewakili skuad negaranya.
Kijang Emas sebelum itu menamatkan kontrak dua penyerang import, pemain dari Guinea-Bissau, Valdumar Augusto Te dan Chadrack Lukombe Muzungu dari Congo.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!