Grab nafi terlibat hantar surat bantah rancangan lesen media sosial

Grab Malaysia
Grab Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab menafikan terlibat menyuarakan gesaan supaya kerajaan menghenti dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan mengenai pelesenan untuk platform media sosial.

Grab dalam satu kenyataan berkata, pihak tidak dimaklumkan atau dirujuk mengenai surat terbuka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini, yang dibuat oleh Gabungan Internet Asia (AIC) berhubung rangka kerja kawal selia dicadangkan khusus untuk media sosial dan platform pemesejan segera.

"Malah, peraturan yang dicadangkan tidak memberi kesan kepada operasi syarikat. Oleh itu,kami tidak mengambil bahagian di dalamnya dan tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut.

"Kami kekal komited untuk bekerjasama dengan kerajaan, mencerminkan misi untuk menyumbang kepada pembangunan negara," katanya.

Sebelum itu, AIC menghantar bantahan menerusi surat bertarikh 23 Ogos 2024 dan ditujukan kepada Perdana Menteri.

Surat tersebut turut diterbitkan kepada umum di laman web AIC pada Isnin.

Pengarah Urusannya, Jeff Paine berkata, pihaknya berusaha untuk menggalakkan dialog antara sektor awam dan swasta di seluruh rantau Asia-Pasifik mengenai isu dasar internet dan amalan terbaik, terutamanya berkaitan ekonomi digital yang semakin berkembang

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!