Dua cara mampu tumbangkan JDT

Pasukan JDT meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC dengan keputusan 6-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
Pasukan JDT meraikan kejayaan selepas berjaya menewaskan pasukan Selangor FC dengan keputusan 6-1 pada perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil. Foto Bernama
A
A
A

KEPUTUSAN luar biasa Johor Darul Ta'zim (JDT) yang membelasah Selangor FC 6-1 dalam aksi final Piala FA bukti pasukan Harimau Selatan itu telah berada pada tahap yang jauh berbeza berbanding pasukan lain.

Jurulatih berpengalaman, Sulaiman Hussin berkata, jurang keputusan antara JDT dan Selangor telah membuatkan mana-mana pasukan ingin mengalahkan pasukan itu perlu membuat banyak kerja rumah.

Malah, beliau turut melihat hanya dua cara untuk pasukan lain mampu menumbangkan JDT iaitu dengan bersedia sepenuhnya dari segi mental fizikal selain taktikal yang sesuai dan perlu memiliki pemain tempatan dan import berkualiti tinggi.

"Pengalaman dan kualiti yang ada pada pasukan JDT adalah faktor utama kejayaan mereka malam itu dan jumlah jaringan yang besar itu telah menetapkan satu tahap yang tinggi jika ingin bersaing atau mengalahkan JDT di masa depan.

"Perlawanan akhir memerlukan persediaan bukan sahaja dari aspek taktikal sahaja tetapi mental dan fizikal juga harus kuat. Ini dibuktikan oleh JDT bahawa mereka lebih bersedia untuk menjulang Piala FA.

"Pemain seperti Juan Muniz, Bergson da Silva, Matthew Davies, Ariff Aiman, Afiq Fazail serta Nathaniel Shio Hong Wan berjaya menguasai posisi masing-masing.

"Walaupun Selangor juga mempunyai pemain yang bagus seperti Alvin Fortes tidak cukup untuk menyaingi persembahan pemain JDT," katanya kepada Sukan Sinar.

Kemenangan JDT itu memastikan mereka berjaya mencipta sejarah merangkul tiga kejuaraan Piala FA berturut-turut selepas turut memenagi trofi tersebut pada 2022 dan 2023.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Selangor perlu melakukan bedah siasat daripada perlawanan itu bagi memastikan mental pemain Selangor tidak terkesan dan mampu bangkit untuk aksi Liga Super akan datang.

"Saya pasti pengendali Selangor, Nidzam Jamil tahu apa perlu beliau lakukan bagi mengembalikan semangat pasukan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!