#QuranHour perlu disokong, mampu beri impak besar

Al-Quran menjadi panduan hidup serta membawa mesej positif menyuruh umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
Al-Quran menjadi panduan hidup serta membawa mesej positif menyuruh umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.
A
A
A

SHAH ALAM - Program Malaysia #QuranHour perlu disokong, imarah dan dijadikan budaya dalam komuniti agar mereka dapat menghayati dan mengamalkan ilmu yang terkandung dalam al-Quran menerusi pembacaan kitab suci itu.

Pustakawan Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Asmah Sabtu berkata, al-Quran menjadi panduan hidup serta membawa mesej positif menyuruh umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

Menurutnya, mesej-mesej seperti itu wajar disebar luas kepada komuniti dalam usaha membentuk generasi yang cintakan keamanan dan kedamaian.

“Malah ayat-ayat suci al-Quran mengandungi hikmah dan kebijaksanaan yang seharusnya dikaji dan dihayati sebaiknya.

“Oleh itu, saya lihat program Malaysia #QuranHour dapat beri impak besar kerana ia satu-satunya program yang mengajak umat Islam berpegang teguh terhadap al-Quran yang mengandungi wahyu-wahyu ALLAH SWT untuk dijadikan panduan hidup keseluruhan umat Islam,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Mengenai tema Malaysia #QuranHour iaitu ‘Jiwa Merdeka: Memaknai Rukun Negara’, beliau berkata, ia amat signifikan dalam membantu pembinaan jati diri masyarakat Malaysia.

“Tema itu menterjemahkan rakyat Malaysia berbilang kaum yang hidup bebas, aman damai, bersatu padu dalam membina negara maju dan progresif seiring prinsip-prinsip rukun negara.

“Inilah yang menjadi asas dalam pembinaan jati diri masyarakat Malaysia sehingga dikagumi oleh negara-negara luar sejak dahulu hingga kini,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.
Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Beliau berkata, perpustakaan akan menganjurkan Bicara Ilmu: Tadabbur Surah Al-Jumu’ah pada 30 Ogos ini di Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam.

“Program ini akan dibimbing oleh Pegawai, Unit Hal Ehwal Islam, UiTM Shah Alam dengan penyertaan staf UiTM,” jelasnya.

Program Malaysia #QuranHour 2024 akan diadakan serentak di seluruh negara pada 30 Ogos ini di lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bermula jam 10 hingga 11 pagi.

Ia mengetengahkan bacaan surah al-Jumu’ah dan surah al-Hujurat yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan rakyat serta disiarkan secara langsung di seluruh negara.

Antara wakil media terlibat ialah Sinar Harian, Astro Oasis, TV9, Bernama, TV Alhijrah, Zayan, Astro Awani, Nu Ideaktiv, IKIM FM, Denaihati.com dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar utama Malaysia #QuranHour.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!