Slot masih sayangkan Endo

Endo kelihatan kurang gembira apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada penghujung perlawanan aksi menentang Brentford, Ahad lalu. Foto Agensi
Endo kelihatan kurang gembira apabila dimasukkan sebagai pemain gantian pada penghujung perlawanan aksi menentang Brentford, Ahad lalu. Foto Agensi
A
A
A

PENGURUS Liverpool, Arne Slot enggan melayan beberapa tawaran untuk pemain tengah, Wataru Endo menjelang tarikh akhir perpindahan Jumaat ini.

Menurut Slot, dia masih menagih khidmat Endo meskipun belum menyenaraikan pemain tengah Jepun itu dalam kesebelasan utama The Reds dalam dua perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris (EPL) setakat ini.

Endo, 31, hanya memanaskan bangku simpanan dalam aksi pembukaan EPL menentang Ipswich Town dan dimasukkan pada minit akhir permainan ketika Liverpool melakar kemenangan ke atas Brentford di Anfield hujung minggu lalu.

“Endo bukan tak bagus tetapi sekarang dia berdepan persaingan hebat untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Apa pun, saya gembira dengan sikapnya semasa latihan begitu juga dengan pemain lain yang bermain di posisinya.

“Dia tetap menjadi pemain penting untuk kami sepanjang musim ini kerana intensiti di EPL bukan seperti di liga lain.

“Kalau ada pemain yang kurang cergas atau cedera saya masih ada Endo,” ujar Slot.

Liverpool kurang aktif dalam jendela perpindahan musim panas ini selepas bidaan mereka untuk mendapatkan Marin Zubimedi ditolak Real Sociedad.

Artikel Berkaitan:

Endo menyertai Liverpool semasa era Jurgen Klopp dengan perjanjian bernilai 16.2 juta pound (RM96.78 Juta) dari Stuttgart musim panas lalu dan membuat 43 penampilan dalam semua pertandingan sepanjang kempen 2023/24.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!