Wanita UMNO tulang belakang parti - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (Poster Sambutan Ulang Tahun ke-74 Pergerakan Wanita UMNO.)
Ahmad Zahid (Poster Sambutan Ulang Tahun ke-74 Pergerakan Wanita UMNO.)
A
A
A

SHAH ALAM - Wanita UMNO kekal sebagai tulang belakang parti dalam memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dengan komitmen yang tidak pernah pudar.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berbangga terhadap peranan Wanita UMNO yang sentiasa komited dalam membawa perubahan dan memperkukuhkan asas perjuangan parti.

"Saya berbangga Wanita UMNO terus memainkan peranan penting dalam membawa perubahan dan memperkukuhkan asas perjuangan UMNO.

"Dalam era yang penuh cabaran ini, Wanita UMNO kekal sebagai tulang belakang parti, memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat dengan tekad yang tidak pernah goyah.

"Marilah kita bersama-sama memperkasakan Wanita UMNO demi masa depan golongan hawa di seluruh negara," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Selasa.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, ulang tahun ke-74 itu turut menyaksikan bahawa sembilan wanita luar biasa telah memimpin pergerakan Wanita UMNO dengan dedikasi dan semangat yang konsisten.

Pergerakan tersebut diketuai oleh Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang menggantikan penyandang sebelum ini iaitu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil sejak Jun 2018.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!