Raja Arshad dilantik Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif PHB

Raja Arshad
Raja Arshad
A
A
A

PELABURAN Hartanah Berhad (PHB) mengumumkan pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai sebagai Pengerusi Bebas Bukan Eksekutif berkuat kuasa 16 Ogos lalu.

Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Damshal Awang Damit berkata, pelantikan Raja Arshad dibuat bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang bersara pada 1 Ogos.

Menurutnya, Raja Arshad sebagai tokoh penting bagi sektor awam dan swasta diyakini akan membawa bersama pengalaman luas dalam bidang korporat kepada syarikat tersebut.

“Lembaga Pengarah dan warga kerja PHB mengalu-alukan kedatangan Raja Arshad. Pengalaman luas beliau dalam pengurusan korporat dan kepimpinan institusi akan menjadi aset yang amat berharga dalam memajukan mandat PHB.

“Ia bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam pemilikan aset hartanah komersial utama di Malaysia melalui pengurusan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), sebuah dana amanah patuh Syariah,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Mohamad Damshal, Raja Arshad kini memegang jawatan dalam pelbagai sektor korporat termasuk Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Pengerusi Bumi Armada Berhad dan Felo Institut Akauntan Bertauliah England dan Wales (ICAEW).

Beliau menambah, tokoh korporat disegani itu juga banyak menyumbang dalam sektor awam dan institusi kebajikan di negara ini.

“PHB merupakan cabang operasi Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera (YAHB) dan penaja kepada Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

Artikel Berkaitan:

“Lembaga Pengarah dan Pengurusan Kumpulan PHB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ahmad Nizam atas kepimpinan cemerlang dan sumbangan yang tidak ternilai kepada PHB sejak pelantikan beliau pada tahun 2021,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!