Firma audit, rakan kongsi didenda lebih RM150,000

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
A
A
A

SHAH ALAM - Lembaga Pemantauan Audit (AOB) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan denda sebanyak RM150,000 dan RM37,500 terhadap Grant Thornton Malaysia PLT (GTM) dan Mohamad Heizrin Sukiman ekoran gagal mematuhi keperluan penggiliran rakan kongsi.

SC dalam satu kenyataan berkata, AOB memandang serius pelanggaran itu kerana kebebasan juruaudit dan pematuhan piawaian etika adalah keperluan penting untuk profesion berkenaan.

Menurutnya, Mohamad Heizrin merupakan rakan kongsi penglibatan dan penyemak kualiti tugasan dalam audit entiti berkepentingan awam (PIE) bermula tahun 2013 hingga 2017.

“Beliau melanggar keperluan utama Undang-undang Kecil Institut Akauntan Malaysia (MIA) ketika tempoh peralihan Undang-undang Kecil MIA yang telah disemak.

AOB memandang serius pelanggaran audit kerana kebebasan juruaudit dan pematuhan piawaian etika adalah keperluan penting untuk profesion berkenaan.
AOB memandang serius pelanggaran audit kerana kebebasan juruaudit dan pematuhan piawaian etika adalah keperluan penting untuk profesion berkenaan.

“Berikutan itu, Mohamad Heizrin dikehendaki melalui tempoh bertenang sekurang-kurangnya tiga tahun berturut-turut. Walau bagaimanapun, beliau gagal berbuat demikian dan telah terlibat dalam audit PIE tersebut selama lebih tujuh tahun,” kata kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, Undang-undang Kecil MIA menetapkan bahawa rakan kongsi tugasan tidak boleh terlibat dalam kerja audit untuk tempoh lebih daripada tujuh tahun berturut-turut untuk memastikan kebebasan pengesahan kira-kira.

Mengulas mengenai GTM, SC berkata, firma berkenaan gagal memenuhi objektif kualiti Piawaian Antarabangsa tentang Pengurusan Kualiti (ISQM) 1 seperti yang diterima pakai oleh MIA khusus mengenai ketidakpatuhan terhadap keperluan etika relevan termasuk berkaitan dengan kebebasan.

Artikel Berkaitan:

“GTM dan Mohamad Heizrin telah membuat rayuan kepada SC terhadap tindakan penguatkuasaan AOB. SC telah mendengar rayuan tersebut dan selepas melalui proses yang sewajarnya dan mengesahkan keputusan AOB,” jelas kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!