Tanah jerlus: GPR dibawa masuk ke lokasi pencarian

Alat pengesan GPR dibawa masuk ke kawasan pencarian bagi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Selasa.
Alat pengesan GPR dibawa masuk ke kawasan pencarian bagi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) yang digunakan untuk menjejak mangsa tertimbus dengan cara 'menembusi tanah' dilihat mula dibawa masuk ke kawasan pencarian bagi mencari mangsa tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini pada Selasa.

Alat tersebut dipercayai akan digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang wanita warga India, Vijayaletchumy, 48, yang hilang selepas terjatuh ke dalam lubang benam sedalam kira-kira lapan meter, Jumaat lalu.

Peranti serupa pernah digunakan untuk mengesan mangsa yang tertimbus semasa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember 2022.
Peranti serupa pernah digunakan untuk mengesan mangsa yang tertimbus semasa kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor pada Disember 2022.

Petugas daripada pasukan teknikal daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Agensi Nuklear Malaysia dilihat membawa alat GPR itu sekitar jam 11 pagi.

Peranti serupa juga digunakan untuk mengesan mangsa yang tertimbus semasa kejadian tanah runtuh yang berlaku di Batang Kali, Selangor pada Disember 2022.

Dalam pada itu, media difahamkan kerja-kerja pembilasan di lokasi utama di hadapan Wisma Yakin telah dijalankan pada awal pagi Selasa oleh Indah Water Konsortium (IWK).

Selain itu, peralatan kamera juga digunakan di dalam pembetung berikutan operasi pembilasan.

Kerja baik pulih juga telah dilakukan di loji IWK Pantai Dalam oleh anggota IWK bersama anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan ringkas berkata, tiada perkembangan diperoleh dalam operasi dijalankan pada awal pagi Selasa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!