KPSK meterai MoU bersama empat industri kreatif

KPSK menandatangani MoU bersama empat industri iaitu Cloudjoi, Creative Stew, Dear Creative Media dan Gamuda GM.
KPSK menandatangani MoU bersama empat industri iaitu Cloudjoi, Creative Stew, Dear Creative Media dan Gamuda GM.
A
A
A

SHAH ALAM - Universiti Teknologi Mara (UiTM) melalui Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama empat industri bagi tujuan membuka peluang melalui penyelidikan dan kebolehgajian pelajar.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, empat industri yang terlibat ialah Cloudtheatre Sdn Bhd (Cloudjoi), Creative Stew Sdn Bhd, Dear Creative Media Sdn Bhd dan Gamuda GM Sdn Bhd (GMBB).

“Selain daripada kecemerlangan akademik pelajar, kolaborasi seumpama ini juga membuka peluang untuk melihat potensi mereka dalam bidang pengurusan perniagaan dan keusahawanan dengan pendedahan kepada dinamik industri seni kreatif tanah air yang bersifat terkini serta relevan.

MoU itu bertujuan untuk membuka peluang melalui penyelidikan dan kebolehgajian pelajar.
MoU itu bertujuan untuk membuka peluang melalui penyelidikan dan kebolehgajian pelajar.

“Semoga hubungan strategik ini menjadi satu daya tambah yang positif bagi KPSK dan rakan-rakan industri UiTM khusus dalam memacu institusi ini ke arah ketampakan global dengan jati diri yang sesungguhnya,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Tambah kenyataan itu, Naib Canselor menzahirkan pengharapan agar pelajar mempunyai penghayatan jati diri yang berbentuk ‘Globally Renowned, Locally Rooted’.

Katanya, penghayatan berkenaan akan menjadi teras bagi menjana momentum kerjasama dan kolaborasi yang lebih proaktif dengan industri tempatan.

Sementara itu, Dekan Akademik dan Antarabangsa memerangkap Penolong Naib Canselor, KPSK UiTM, Profesor Madya Dr Rusmadiah Anwar berkata, hubungan simbiosis penting dalam memastikan penempatan untuk latihan industri yang berkualiti agar pelajar mendapati keperluan akademik setimpal.

Artikel Berkaitan:

“Ini juga adalah kritikal memandangkan beberapa program akademik dijalankan secara pembelajaran berasaskan kerja iaitu dua tahun di universiti dan setahun di industri yang bertempat di lokasi rakan strategik KPSK,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!