'Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku!'

Norfazira (kiri) menangis dan Mohamad Zulhelmy (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh anak sulungnya, dua minggu lalu.
Norfazira (kiri) menangis dan Mohamad Zulhelmy (kanan) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh anak sulungnya, dua minggu lalu.
A
A
A

SELAYANG - "Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku, takbir!"

Demikian jeritan ahli keluarga dipercayai bekas ipar kepada ibu kanak-kanak perempuan lapan tahun, yang maut dipercayai akibat kes penderaan di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada dua minggu lalu.

Suasana tegang berlaku setelah pasangan suami isteri itu dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, bagi menghadapi satu pertuduhan membunuh Nur Anissa Afiera Muhamad Zulhafize.

Mereka yang gagal mengawal perasaan turut menggasak pasangan suami isteri dengan pelbagai persoalan sebelum berjaya dihalang pihak berkuasa yang mengawal keadaan.

Ibu bapa saudara mangsa turut melaungkan 'keadilan untuk Nur Anissa'.

Laungan itu menyebabkan ibu kandung mangsa, Norfazira Radzi, 30, menangis ketika dibawa ke mahkamah.

Pada Selasa, bapa tiri dan isterinya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, atas satu pertuduhan membunuh anak sulung wanita itu, pada dua minggu lalu.

Pengawal keselamatan, Mohamad Zulhelmy Amirrudin, 29, dan surirumah, Norfazira yang memakai baju hitam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Chai Guan Hock.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku! "Allahuakbar, kau buat apa dengan anak buah aku, takbir!" Demikian jeritan ahli keluarga dipercayai bekas ipar kepada ibu kanak-kanak perempuan lapan tahun, yang maut dipercayai akibat kes penderaan di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang pada dua minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin. #SinarHarian #60saat #mahkamah #kesbunuh

original sound - Sinar Harian

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada pasangan suami isteri berkenaan kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama membunuh murid tahun dua itu di sebuah unit pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang di sini, pada jam 11.51 pagi hingga 3.51 petang, 17 Ogos lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Sekiranya tidak dihukum gantung, tertuduh hendaklah dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, hasil siasatan polis mendapati, kanak-kanak malang itu dipercayai dipukul dengan tangan, kaki, tali pinggang, penyangkut baju dan senjata tumpul sehingga maut.

Mangsa disahkan meninggal dunia di rumahnya oleh pembantu pegawai perubatan Hospital Sungai Buloh.

Pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa dapati terdapat kesan kecederaan di bahagian muka, bibir, paha, dagu dan lutut.

Ringkasan berita:

  • Mangsa: Nur Anissa Afiera, 8 tahun, maut akibat penderaan.
  • Pelaku: Bapa tiri dan ibu kandungnya, didakwa membunuh.
  • Lokasi: Pangsapuri di Bandar Tasik Puteri, Rawang.
  • Pertuduhan: Didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; hukuman mati atau penjara 30-40 tahun dengan sebatan.
  • Reaksi: Ahli keluarga marah di mahkamah.
  • Kecederaan: Mangsa dipukul dengan pelbagai objek; kecederaan di muka, bibir, dan badan.
Dijana oleh AI

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!