Belanjawawan 2025: MITI, KPT akan kemuka cadangan pembangunan bakat

Tengku Zafrul melawat pameran selepas merasmikan Persidangan AI 2024 di Petaling Jaya, pada Selasa. Foto Bernama
Tengku Zafrul melawat pameran selepas merasmikan Persidangan AI 2024 di Petaling Jaya, pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) serta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengemukakan cadangan mengenai pembangunan bakat untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2025 bagi menyokong pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, cadangan yang akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan (MOF) itu juga menyaksikan dua kementerian berkenaan saling berkongsi idea bagi memastikan negara mempunyai perancangan bakat mencukupi untuk menyokong industri berkenaan yang berkembang pesat.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (mengenai perkara ini)...adalah penting untuk kita mempersiapkan industri ini dengan bakat yang mempunyai kemahiran AI.

"Sehubungan itu, kita akan bekerjasama bagi memastikan bakat-bakat daripada universiti dan institusi Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) mendapat latihan AI. Ini juga membolehkan kita mempunyai barisan bakat yang memadai apabila industri menggunapakai AI,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan AI 2024 di sini, pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!