Tanah jerlus: Semua sisa kumbahan berakhir di IWK Pantai Dalam

Fahmi ditemui pemberita di IWK Pantai Dalam, pada Selasa.
Fahmi ditemui pemberita di IWK Pantai Dalam, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Semua sisa kumbahan dari Jalan Masjid India di sini akan berakhir di loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam, sekali gus memberi harapan penemuan mangsa insiden tanah jerlus.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, beliau menerima taklimat daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta IWK.

Katanya, taklimat juga disampaikan mengenai fungsi loji Pantai 1 dan Pantai 2 yang kedua-duanya menguruskan sisa kumbahan bagi 1.8 juta warga Kuala Lumpur.

"Saya difahamkan semua sisa kumbahan akan berakhir di sini (IWK Pantai Dalam) dan tidak akan melepasi lokasi ini.

Fahmi (tengah) hadir meninjau operasi SAR di IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Selasa.
Fahmi (tengah) hadir meninjau operasi SAR di IWK Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada Selasa.

"Sebanyak 0.4 juta sisa kumbahan warga Kuala Lumpur diuruskan fasiliti ini (Pantai 1), manakala 1.4 juta lagi di fasiliti Pantai 2. Jadi memang akan berhenti di sini," katanya kepada pemberita selepas hadir meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sini pada Selasa.

Tambah Fahmi yang juga Menteri Komunikasi, beliau dimaklumkan jarak lurang kumbahan di Jalan Masjid India hingga ke loji IWK Pantai Dalam sejauh kira-kira tujuh kilometer.

Kata Fahmi, beliau melihat dedikasi dari segi teknikal adalah lengkap.

Artikel Berkaitan:

"Sebagai ahli Parlimen di sini, saya juga ambil maklum dan teliti mengenai kebajikan pasukan penyelamat," ujarnya.

Pasukan penyelamat meneruskan usaha pencarian di IWK Pantai Dalam, pada Selasa.
Pasukan penyelamat meneruskan usaha pencarian di IWK Pantai Dalam, pada Selasa.

Dalam kejadian pada Jumaat, seorang wanita warga India dikenali Vijayaletchumy, 48, hilang selepas terjerlus ke dalam lubang sedalam kira-kira lapan meter di Jalan Masjid India di sini.

Berikutan itu, pasukan penyelamat telah memperluas operasi membabitkan enam lurang kumbahan di sekitar ibu negara iaitu di hadapan Wisma Yakin, Jalan Melayu, persimpangan Jalan Melayu, Dataran Merdeka, Lebuh Pasar, dan Bulatan Kinabalu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!