[VIDEO] Jangan bersikap 'double standard' bila disiasat - Ahmad Zahid

A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak tidak mengambil sikap ‘berat sebelah’ dengan mengatakan kerajaan bertindak tidak adil apabila mereka disiasat.

Beliau berkata, ini kerana realitinya ialah Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mendakwa sesiapa sahaja.

Ahmad Zahid Hamid berucap pada Majlis Pelancaran Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa. Foto Bernama
Ahmad Zahid Hamid berucap pada Majlis Pelancaran Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Selasa. Foto Bernama

"Kalau terkena pada mereka (dikatanya) tergesa-gesa, (tapi) kalau terkena kepada saya (mereka kata) ‘ini satu siasatan sangat komprehensif’. Realitinya - bila anda buat salah, siasatan dilakukan, Peguam Negara mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mendakwa.

"Dulu saya pernah didakwa sebelum siasatan selesai, itu sebabnya dalam saya menghadapi pertuduhan itu, pindaan dibuat terhadap tuduhan, ertinya (siasatan) tidak selesai.

"Yang saya, dia kata kerajaan berlaku adil, (tapi) bila kena mereka.. (mereka kata) kerajaan tidak berlaku adil, double standard.. janganlah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Teknikal Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada Selasa.

Semalam Bersatu mendakwa siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan menyentuh kewibawaan Yang di-Pertuan Agong ke-16, dilakukan secara tergesa-gesa.

Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pendakwaan segera ke atas bekas Perdana Menteri itu juga menimbulkan banyak lagi persoalan.

Artikel Berkaitan:

Muhyiddin yang didakwa di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan hari ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut perkataan yang menghasut berkaitan kaum, agama dan raja (3R) dalam ucapannya ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!