Kakak Premier Sarawak meninggal dunia

Dayang Meliah Tun Openg, kakak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggal dunia awal pagi tadi.
Dayang Meliah Tun Openg, kakak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggal dunia awal pagi tadi.
A
A
A

KUCHING - Dayang Meliah Tun Openg, kakak kepada Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninggal dunia awal pagi tadi.

Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dalam kenyataan memaklumkan Dayang Meliah yang berusia 89 tahun menghembuskan nafas terakhir kira-kira 1.50 pagi di Pusat Perubatan Pakar Normah di sini.

"Jenazah kini ditempatkan di kediaman keluarganya di Jalan Muhibbah bagi penghormatan terakhir bersama ahli keluarga terdekat,” menurut kenyataan itu.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang pada Selasa.

Allahyarham Dayang Meliah ialah anak ketiga daripada 10 adik-beradik. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!