Malaysia mohon tambahan kuota haji

Mohd Na'im Foto Bernama
Mohd Na'im Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia telah menyatakan hasrat kepada Arab Saudi supaya kuota Haji negara ditambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata, perkara itu disampaikan semasa pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, pada Isnin.

"Dalam pertemuan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.

"Semoga hubungan baik kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam," kata Mohd Naim menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Tan Sri Rashid Hussain.

Mohd Na'im berkata, lawatan kerja rasmi Dr Tawfiq menyerlahkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia sebagai contoh program Makkah Route pada Musim Haji yang lepas.

Dr Tawfiq dalam rangka lawatan ke Malaysia Isnin hingga Rabu (26-28 Ogos) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!