Projek naik taraf, pulihara bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang siap

Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berusia 123 tahun yang dinaiktaraf dan dipulihara bernilai RM18.93 juta telah siap sepenuhnya pada 13 Julai lalu.
Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berusia 123 tahun yang dinaiktaraf dan dipulihara bernilai RM18.93 juta telah siap sepenuhnya pada 13 Julai lalu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Projek menaiktaraf dan pemuliharaan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang berusia 123 tahun yang dilaksanakan secara konvensional perunding bernilai RM18.93 juta telah siap sepenuhnya pada 13 Julai lalu.

Menurut Kementerian Kerja Raya (KKR), projek yang bermula pada 1 Disember 2021 itu adalah milik Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menurutnya, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang merupakan salah satu faktor utama dalam pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada 7 Julai 2008.

"Bangunan mahkamah ini mula dibina pada 1901 dan digunakan pada 1905 telah diwartakan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

"Sejajar dengan usianya, bangunan warisan ini telah mengalami beberapa masalah antaranya kebocoran bumbung, kesan anai-anai, kelembapan dan tumbuhan kulat yang terdapat pada beberapa bahagian bangunan.

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang merupakan salah satu faktor utama dalam pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang merupakan salah satu faktor utama dalam pengiktirafan George Town sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008.

"Oleh demikian, proses menaik taraf dan pemuliharaan yang dilaksanakan akan mengekalkan keaslian binaan sebanyak mungkin, membaik pulih bagi memastikan keselamatan pengguna dan menambah beberapa fasiliti yang diperlukan bagi menjamin kemampan keperluan di masa hadapan," katanya di sini pada Selasa.

Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf dan Pemuliharaan Bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.

Artikel Berkaitan:

Ujar KKR lagi, projek tersebut dilaksanakan dengan pematuhan kepada Akta 645 dan Garis Panduan Pemuliharaan Bangunan Warisan Jabatan Warisan Negara.

"Antara skop kerja dan komponen yang terlibat adalah kerja-kerja pemuliharaan dan menaiktaraf sturuktur bumbung, dinding dan lantai, menaiktaraf sistem elektrikal dan mekanikal termasuk lif dan menaiktaraf turapan jalan dan

mengecat pagar sedia ada.

"Projek ini juga membuktikan kepesatan negara tidak menjejaskan sebarang warisan dan nilai sejarah malah Malaysia akan memastikan pembangunan infrastruktur dilaksanakan secara bijaksana, berkesan dan mampan bagi manfaat generasi masa akan datang," jelasnya.

Katanya, KKR selaku peneraju infrastruktur negara amat komited dalam memberikan perkhidmatan cemerlang dalam sektor pembinaan negara.

"Pelaksanaan projek ini adalah bukti komitmen kerajaan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Semua pengajaran yang diperolehi boleh dijadikan panduan dalam pelaksanaan projek-projek yang akan datang oleh semua pihak.

"KKR turut menyeru kepada pihak kontraktor untuk terus melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP)," katanya.

Tambahnya, JKR akan terus membudayakan pengurusan bersepadu bagi semua projek-projek awam khususnya pemuliharaan bangunan pada masa akan datang serta terus memantau proses-proses pasca penyerahan bangunan supaya tiada perkara yang tertangguh dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!