Syamsul sedia lafaz cerai, Ira tidak hadir mahkamah

Mahkamah menetapkan sebutan semula permohonan cerai itu pada 25 September depan.
Mahkamah menetapkan sebutan semula permohonan cerai itu pada 25 September depan.
A
A
A

PIHAK pengarah filem 'Mat Kilau' memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Selasa, bahawa Syamsul Yusof bersedia untuk melafazkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar.

Bagaimanapun, peguam syarie, Azmi Rais yang mewakili pelakon berusia 40 tahun itu berkata, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, tidak hadir ke mahkamah menyebabkan lafaz berkenaan tidak dapat dibuat.

Susulan ketidakhadiran Ira, 29, selaku defendan, Azmi menasihati anak guamnya sebagai plaintif, supaya mengambil pendekatan yang sama.

Semasa prosiding di hadapan Hakim Syarie, Maizatul Aliza Chee Din, peguam syarie itu berkata, defendan baharu sahaja melantik peguam syarie, iaitu Muhammad Fadhil Abd Razak.

"Plaintif dimaklumkan mengenai lantikan peguam bagi pihak Ira pada malam Isnin dan mereka memberitahu Ira tidak akan datang dalam prosiding ini.

"Anak guam saya sudah bersedia untuk melafazkan cerai tetapi tidak pasti sama ada Ira bersetuju atau sebaliknya," kata peguam syarie itu, ketika sebutan kali pertama permohonan Syamsul untuk bercerai dengan izin mahkamah, di hadapan Hakim syarie, Maizatul Aliza Chee Din.

Sementara itu, pembantu perundangan, Ahmad Fuad Borhan yang hadir bagi pihak Muhammad Fadhil, mengesahkan pelantikan itu.

"Kami telah memfailkan wakalah iaitu surat lantikan peguam, pada tengah hari tadi beserta notis pemakluman kepada peguam plaintif," kata Ahmad Fuad.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan semula permohonan cerai itu pada 25 September depan.

Syamsul dan Ira yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Berita pernikahan itu disahkan Syamsul sendiri menerusi video yang dimuat naik dalam akaun laman sosial Instagram miliknya.

Pernikahan itu didaftakan di Perlis pada 20 Januari tahun sama.

@sinarharianonline

Tidak pasti sama ada Ira bersetuju atau sebaliknya - Peguam #fyp #SinarHarian #SyamsulYusof #IraKazar #Cerai #Mahkamah

Hanya Lolongan - Nabila Taqiyyah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!