Cerun runtuh, penduduk tak lena tidur

Seramai 117 penduduk membabitkan 20 rumah di Taman Desa Rusa di sini bimbang susulan cerun runtuh di belakang kediaman mereka berulang kembali.
Seramai 117 penduduk membabitkan 20 rumah di Taman Desa Rusa di sini bimbang susulan cerun runtuh di belakang kediaman mereka berulang kembali.
A
A
A

PORT DICKSON - Seramai 117 penduduk membabitkan 20 rumah di Taman Desa Rusa di sini bimbang susulan cerun runtuh di belakang kediaman mereka berulang kembali.

Situasi itu turut menyebabkan penghuninya ada yang tidak tidur lena terutamanya ketika cuaca hujan susulan cerun berkenaan berada hanya tiga meter dari kediaman penduduk.

Suri rumah, Radia Marhawi,47, berkata, kejadian itu bermula Selasa lalu kira-kira jam 12.30 tengah hari ketika hujan lebat dan menyebabkan tembok cerun berkenaan runtuh sebelum kejadian kedua berlaku pada Jumaat lepas kira-kira jam 7 malam.

"Setiap kali hujan lebat pasti kami anak beranak akan berasa cemas kerana bimbang kejadian lebih buruk berlaku sebab sebelum ini tanah runtuh hanya sedikit sahaja.

Keadaan cerun runtuh di kediaman penduduk.
Keadaan cerun runtuh di kediaman penduduk.

"Mujur pihak bertanggungjawab mengambil tindakan awal dengan menutup runtuhan tanah itu dengan kanvas memandangkan ada mata air yang sentiasa mengalir di bawah cerun ini," katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya pada Selasa.

Sebelum itu Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan, Datuk Mohd Faizal Ramli merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi hadir membuat tinjauan di lokasi bersama agensi terlibat.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sirusa, Mohd Jasrin Kasnin berkata, ini adalah kejadian ke dua berlaku selepas tahun 2020.

Artikel Berkaitan:

Katanya, pihaknya akan melakukan pemantauan daripada masa ke masa bagi memastikan keselamatan penduduk tidak terjejas ekoran kejadian tersebut.

"Kebimbangan kami bukan sahaja cerun belakang rumah ini tetapi kejadian ini berdekatan dengan tangki air, yang kedudukannya bersebelahan dengan rumah penduduk," katanya.

Sementara itu, Mohd Faizal yang merupakan ADUN angkat kawasan berkenaan berkata, kerajaan negeri akan membuat permohonan peruntukkan melalui Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) lebih kurang RM2 juta untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan cerun runtuh ini.

"Bagi tempoh masa panjang kita akan meminta Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk membuat kajian keselamatan terhadap semua cerun yang ada disekitar taman ini bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!