Semoga saya dapat keadilan di mahkamah - Muhyiddin

Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan 3R ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini. Foto Bernama
Muhyiddin tiba di Kompleks Mahkamah Gua Musang di sini hari ini, bagi menghadapi pendakwaan berhubung ucapan yang dikatakan menyentuh isu berkaitan 3R ketika berkempen pada PRK DUN Nenggiri baru-baru ini. Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - "Saya berdoa ke hadrat ALLAH SWT semoga saya akan mendapat keadilan di mahkamah," kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut mengharapkan doa dan sokongan daripada penyokongnya supaya urusannya dipermudahkan.

“Saya telah didakwa di bawah Akta Hasutan di Mahkamah Sesyen Gua Musang dan mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Sesungguhnya ALLAH SWT bersama-sama hamba-hamba-NYA yang bersabar,” katanya ringkas menerusi Facebook pada Selasa.

Bekas Perdana Menteri itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Selasa atas pertuduhan berhubung isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) ketika menyampaikan ceramah dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di sini baru-baru ini.

Muhyiddin, 77, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, Muhyiddin didakwa melakukan perbuatan itu di kawasan lapang berhampiran Dewan Semai Bakti Felda Perasu.

Beliau didapati menyebut perkataan yang menghasut pada 14 Ogos 2024 antara jam 10.30 hingga 11.50 malam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!