HTAA cari waris pesakit meninggal dunia

HTAA mencari waris lelaki warga Bangladesh, Md Osman yang meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.
HTAA mencari waris lelaki warga Bangladesh, Md Osman yang meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.
A
A
A

KUANTAN - Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) sedang mencari waris jenazah lelaki warga Bangladesh yang meninggal dunia pada 10 Ogos lalu.

HTAA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan berkata, pesakit dikenali sebagai Md Osman meninggal dunia pada jam 10.38 malam.

Sehubungan itu, pihak ahli keluarga atau orang ramai yang mengenali lelaki terbabit boleh segera hadir ke Jabatan Forensik HTAA.

Mereka juga boleh menghubungi pihak HTAA di talian 09- 5572222 sambungan 2285/2543 untuk urusan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!