Mayat lelaki terbakar ditemui di kawasan semak

Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes penemuan mayat lelaki yang terbakar di kawasan semak berhampiran Stesen KTM Serdang, pada Selasa.
Pasukan polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian kes penemuan mayat lelaki yang terbakar di kawasan semak berhampiran Stesen KTM Serdang, pada Selasa.
A
A
A

SERDANG - Satu mayat dengan kesan terbakar dijumpai di kawasan semak berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Serdang, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, laporan diterima pihaknya pada jam 11.45 pagi daripada seorang wanita yang melalui lokasi terbabit.

Katanya, berikutan itu sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang telah ke lokasi.

Anbalagan hadir di lokasi kejadian penemuan mayat lelaki terbakar di berhampiran Stesen KTM Serdang pada Selasa.
Anbalagan hadir di lokasi kejadian penemuan mayat lelaki terbakar di berhampiran Stesen KTM Serdang pada Selasa.

"Siasatan dengan kerjasama pihak hospital, bomba dan Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui dokumen peribadi mangsa iaitu seorang lelaki warga Indonesia dikenali Udikalifan berusia 43 tahun.

"Mayat dalam keadaan terbakar, namun tidak rentung sepenuhnya," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, mayat telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

@sinarharianonline

Mayat lelaki terbakar ditemui di kawasan semak #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Mayat #Lelaki #Terbakar #Semak #KTMSerdang

News - ComaStudio

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!