Lelaki Myanmar jadi ejen bawa masuk warga asing di KLIA dituduh esok

Laporan Sinar Harian sebelum ini.
Laporan Sinar Harian sebelum ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lelaki warga Myanmar yang menjadi ejen sindiket membawa masuk kumpulan warga asing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA2) dan merasuah penguat kuasa akan dituduh di Mahkamah Shah Alam di sini pada Rabu.

Menurut sumber, lelaki warga Myanmar berkenaan sebelum ini antara 12 individu termasuk lima penguat kuasa sebuah agensi penguatkuasaan yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 20 Ogos lalu.

"Tindakan itu diambil menerusi Op Pump di sekitar Lembah Klang, Kelantan dan Pulau Pinang.

"Susulan tangkapan itu, lelaki warga Myanmar itu yang berperanan sebagai ejen dengan menguruskan kemasukan kumpulan warga asing dan membayar wang rasuah kepada penguat kuasa menerusi modus operandi 'counter setting' telah direman selama lima hari," katanya pada Selasa.

Menerusi Op Pump itu, Sinar Harian melaporkan 11 individu termasuk empat penguat kuasa telah direman SPRM.

Susulan itu, seorang lagi wanita warga Myanmar disyaki terlibat dengan sindiket berkenaan telah ditahan sebelum direman empat hari sehingga 29 Ogos.

Laporan khas Sinar Harian pada Khamis lepas melaporkan pegawai yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 (KLIA1) dan KLIA2 dipercayai menerima habuan RM500 hingga RM2,500 daripada sindiket untuk melepasi pemeriksaan melalui 'kaunter khas'.

Bayaran rasuah yang dibayar itu adalah berbeza mengikut kewarganegaraan.

Artikel Berkaitan:

Bayaran rasuah paling rendah sekitar RM500 bagi warga Uzbekistan dan paling tinggi RM2,500 bagi warga Bangladesh.

Bagi mengelakkan komunikasi mereka dikesan, penguat kuasa dan sindiket berkenaan turut menggunakan beberapa kod nama khas seperti school boy, salak, limau, laici, karpet, kicap, roti canai, junta dan ayam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!