Jururawat dituduh racun lima bayi

Lima bayi Hospital Universiti Ulm, Jerman didakwa diracun seorang jururawat.
Lima bayi Hospital Universiti Ulm, Jerman didakwa diracun seorang jururawat.
A
A
A

BERLIN - Seorang jururawat di sebuah hospital di Jerman ditahan kerana didakwa meracun lima orang bayi pramatang dengan morfin.

Menurut pihak berkuasa dalam satu kenyataan, kelima-lima bayi berusia antara sehari dan sebulan yang berada Hospital Universiti Ulm dekat selatan negara itu mula mengalami masalah pernafasan yang mengancam nyawa pada pagi 20 Disember lalu.

Ketua pendakwa raya Ulm, Christof Lehr berkata, jururawat bagaimanapun menafikan tuduhan itu.

"Pada pagi 20 Disember 2019, lima bayi pramatang yang ditempatkan di sebuah bilik di Klinik Perubatan Pediatrik dan Remaja di Ulm hampir serentak mengalami masalah pernafasan.

"Namun, tindakan segera yang diambil kakitangan perubatan berjaya menyelamatkan nyawa mereka semua," katanya.

Pada awalnya, pihak berkuasa hospital mengesyaki jangkitan tetapi ujian air kencing mendedahkan kesan morfin meskipun dua daripada lima bayi itu tidak pernah diberi ubat.

Polis turut menemui jarum suntikan yang mengandungi susu ibu dengan kesan morfin di dalam lokar jururawat tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!