Jangan terpedaya panggilan mengaku pegawai farmasi

KKM mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan berunsur penipuan (scam) yang menyamar sebagai pegawainya.
KKM mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan berunsur penipuan (scam) yang menyamar sebagai pegawainya.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan panggilan berunsur penipuan (scam) menerusi individu yang menyamar sebagai Pegawai Penguatkuasa Farmasi KKM.

KKM dalam satu kenyataan menafikan penglibatan pegawainya dalam panggilan telefon berkenaan.

“Sejak awal tahun 2024, KKM telah menerima beberapa aduan daripada orang awam yang telah menerima panggilan telefon mendakwa kononnya mereka telah melakukan kesalahan,” kata KKM dalam kenyataan pada Selasa.

Jelasnya, orang ramai boleh melaporkan kepada polis sekiranya menerima panggilan telefon yang mencurigakan seperti itu.

“Paling penting kekal tenang dan jangan dedahkan sebarang maklumat peribadi kepada pemanggil seperti nombor kad pengenalan atau nombor akaun bank,” tegas kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!