Tanah jerlus: Frankie dan Denti, wira Batang Kali kembali beraksi

Unit K9 JBPM ditugaskan di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.
Unit K9 JBPM ditugaskan di lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Dua anjing Unit Pengesan (K9), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Denti dan Frankie dibawa ke lokasi tanah jerlus di Masjid India di sini pada Selasa.

Denti dan Frankie dilihat tiba di lokasi kira-kira jam 5 petang, sebagai usaha membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India, Vijaya Lakshmi, 48.

Kelihatan, anggota JBPM telah membawa K9 itu di lokasi sekitar tanah jerlus.

Kehadiran unit khas itu telah mencuri perhatian orang awam di sekitar lokasi selain menjadi tumpuan petugas media.

Pada hari pertama insiden iaitu Jumaat lepas, JBPM sudah menggunakan khidmat unit anjing pengesan itu, namun tidak mendapat petunjuk.

Denti dan Frankie pernah menambat hati rakyat Malaysia ketika terlibat dalam operasi SAR tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Batang Kali, Selangor, akhir tahun lepas.

Beberapa bulan selepas itu, Denti dan Frenkie yang sudah tujuh tahun berkhidmat diterbangkan ke bumi Turkiye selama 14 hari, bagi membantu operasi khas SAR gempa bumi yang meragut kira-kira 50,000 nyawa pada Februari tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Lebih 30 petugas media berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.
Lebih 30 petugas media berada di lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, pada Selasa.

Setakat hari kelima operasi SAR, pencarian turut melibatkan Agensi Nuklear Malaysia dan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

Setakat jam 6.15 petang, usaha mencari mangsa masih dijalankan.

Selain itu, tinjauan Sinar Harian di lokasi juga mendapati beberapa premis kedai yang sebelum ini ditutup kerana insiden terbabit kembali dibuka pada Selasa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pelbagai usaha sudah dilakukan pasukan SAR termasuk menggunakan botol untuk melihat tempoh sesuatu objek boleh sampai ke lokasi akhir iaitu loji Indah Water Konsortium (IWK) Pantai Dalam.

Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh di kedalaman kira-kira lapan meter.

Antara premis di Jalam Masjid India, Kuala Lumpur yang kembali dibuka pada Selasa.
Antara premis di Jalam Masjid India, Kuala Lumpur yang kembali dibuka pada Selasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!