SKMM beri tempoh lima bulan, patuhi kawal selia perlesenan

SKMM) memberi tempoh lima bulan untuk platform media sosial mematuhi kawal selia perlesenan. Foto hiasan
SKMM) memberi tempoh lima bulan untuk platform media sosial mematuhi kawal selia perlesenan. Foto hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memberi tempoh lima bulan untuk platform media sosial mematuhi kawal selia perlesenan.

SKMM berkata, sepanjang tempoh tersebut, suruhanjaya tersebut akan terus terlibat secara aktif bagi melancarkan peralihan ke arah rangka kawal selia yang berkuat kuasa pada 1 Januari tahun hadapan.

“Dengan mengambil kira hal ini, SKMM menggesa penyedia perkhidmatan untuk melaksanakan usaha bagi memastikan operasi mereka selari dengan kawal selia dan undang-undang tempatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menangguhkan pelaksanaan kerangka kawal selia atau pelesenan perkhidmatan media sosial termasuk pesanan internet yang akan dikuatkuasakan 1 Januari 2025.

Beliau berkata, ia tetap akan diteruskan demi memastikan langkah proaktif kerajaan bagi melindungi kepentingan dan keselamatan pengguna tercapai.

Bagaimanapun, persatuan yang mewakili syarikat internet dan teknologi terkemuka, Asia Internet Coalition (AIC) menggesa kerajaan menghenti dan mempertimbangkan dengan teliti rancangan mengenai pelesenan untuk platform media sosial pada Isnin.

SKMM memaklumkan akan menjalankan latihan soal selidik awam mengenai keperluan pelesenan untuk penyedia perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet.

Dalam kenyataan sama, SKMM akan mengumpulkan maklum balas daripada pihak berkepentingan bagi memastikan kerangka akhir adalah adil, berkesan dan mencerminkan kedua-dua industri sera awam.

Artikel Berkaitan:

“Interaksi yang berterusan itu penting dalam membangunkan kerangka peraturan yang memenuhi keperluan dan kebimbangan semua pihak,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!