Skuad Palestin 'panas badan' di Malaysia sebelum ke Seoul

Sesi latihan skuad bimbingan Makram Daboud itu berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
Sesi latihan skuad bimbingan Makram Daboud itu berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.
A
A
A

SKUAD bola sepak Palestin memulakan sesi latihan sebagai persediaan untuk menentang Korea Selatan dalam aksi Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 awal bulan depan.

Sesi latihan skuad bimbingan Makram Daboud itu berlangsung di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras pada petang Selasa.

Selepas berdepan negara Kimchi di Seoul pada 5 September, Palestin yang berada di ranking ke-96 dunia akan kembali ke Malaysia.

Mereka akan melayan kunjungan Jordan di Cheras bagi aksi kedua Kumpulan B pada 10 September.

Para pemain Palestin giat menjalani latihan di Kuala Lumpur menjelang Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Korea Selatan di Seoul awal bulan depan.
Para pemain Palestin giat menjalani latihan di Kuala Lumpur menjelang Pusingan 3 Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Korea Selatan di Seoul awal bulan depan.

Terdahulu para pemain Palestin tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada malam Isnin.

Ketibaan mereka disambut oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Noor Azman Rahman.

Sebagai rekod, Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) memilih Malaysia sebagai venue untuk gelanggang sendiri bagi perlawanan bertemu Jordan.

Artikel Berkaitan:

FAM diberi tanggungjawab menguruskan perlawanan itu daripada segi operasi dan teknikal termasuk kem latihan pusat pasukan berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!