SMK Shah Alam juara Piala Mokhtar Dahari B-18 2024

SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B18 2024 selepas menewaskan SMK TTDI Jaya, 4-1 dalam perlawanan akhir di Stadium MBPJ, pada Selasa. Foto SINAR HARIAN-Rosli Talib
SMK Shah Alam juara Piala Datuk Mokhtar Dahari B18 2024 selepas menewaskan SMK TTDI Jaya, 4-1 dalam perlawanan akhir di Stadium MBPJ, pada Selasa. Foto SINAR HARIAN-Rosli Talib
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PASUKAN pilihan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Shah Alam menepati ramalan apabila muncul juara Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 tahun (B-18) pada Selasa.

Dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, anak buah Osmera Omaro juara juga juara edisi 2022 menjinakkan SMK TTDI Jaya kendalian Kamal Lahami 4-1.

SMK TTDI Jaya yang mara ke perlawanan akhir selepas menjinakkan SMK Bukit Jelutong terlebih dulu memimpin permainan hasil jaringan Muhammad Nazirul Amsyar Zulkifly pada minit keenam merobek gawang pasukan Pusat Latihan Daerah (PLD) tersebut.

Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir di Petaling Jaya itu. Foto Sinar Harian-Rosli Talib
Antara aksi menarik dipamerkan kedua-dua pasukan dalam perlawanan akhir di Petaling Jaya itu. Foto Sinar Harian-Rosli Talib

Bagaimanapun kedudukan itu tidak kekal lama apabila SMK Shah Alam memimpin permainan menerusi dua gol dijanakan Muhammad Danish Harith Muhammad Zakri minit ke-14 dan 17.

Separuh masa kedua, SMK TTDI Jaya berusaha bangkit menyamakan kedudukan memberi tekanan kepada juara edisi 2022 itu yang mara ke final dengan menjinakkan SMK Dato Harun.

Namun dua lagi gol Hafiz Hakim Norfaezal (m-37) dan Vincenzo Oliveo D'dozzel Donny (m-47) memperkukuhkan kedudukan SMK Shah Alam untuk kemenangan 4-1.

Artikel Berkaitan:

Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah diperkenalkan kepada pemain-pemain pasukan TTDI Jaya sebelum perlawanan. Foto Sinar Harian-Rosli Talib
Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah diperkenalkan kepada pemain-pemain pasukan TTDI Jaya sebelum perlawanan. Foto Sinar Harian-Rosli Talib

Sementara itu, naib juara Piala Sumbangsih, SMK Dato' Harun muncul pasukan ketiga terbaik kejuaraan selepas menewaskan SMK Bukit Jelutong, 3-0 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga keempat yang berlangsung di padang Majlis Bandaraya Shah Alam Seksyen 19.

Hadir menyampaikan hadiah kejuaraan pembangunan bakat bola sepak, yang dibarakan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) sebagai penaja utama, manakala Sinar Harian sebagai media rasmi.

Perlawanan yang melibatkan penyertaan sebanyak 32 pasukan ini disempurnakan Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi.

INFO

PIALA DATUK MOKHTAR DAHARI BAWAH 18 2024

JUARA

SMK SHAH ALAM

NAIB JUARA

SMK TTDI JAYA

PASUKAN SORAK TERBAIK

PASUKAN SMK SHAH ALAM

PENJAGA GOL TERBAIK

MUHAMMAD HADIF MUHAMMAD AZIZUL (SMK SHAH ALAM)

PENJARING TERBANYAK

VINCENZO OLIVEO D'DOZZEL DONNY (SMK SHAH ALAM)

PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR KHALISH FAKHREY MOHD RAZILAN (SMK SHAH ALAM)

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!